Ahad, 20 Mei 2012

gawai???

haisss,sungguh sedey mengenangkan nasib diri yang tak dapat menyambut gawai bersama2 family untuk tahun kedua aku di semenanjung...

hari ini ku menanggis lagi..terkenang family di kuching sarawak

sebab2 aku sedey :

  • xdpt bergawai bersama family
  • tidak dapat ngabang ke rumah member2 di kampung or bandar
  • xdpt tinguk sepupu aku bertunang
  • tidak dapat aramai ti...! ( haahhaa )
  • bosan duk unisel nie..
adoiii,tiket mahal sangat bha...uwaaaa...kalau murah memang aku daa balik da nie....
mode : sedeeeeeyyyyy yang teramat sangat...!!

Isnin, 14 Mei 2012

finally back to my title--> SINGLE

sebelum tido nie..nak juga update blog..hahaha..ari nie wewe nak kongsi tentang pengalaman percintaan wewe....

haisss,baru jew 2 bulan couple daa break...
hahahaz...
hanya mampu ketawa jew nie...
biasa laa tu,cinta manusia ( bukan cinta monyet taw )
xtwu laa...aku da fedup sangat2 bercinta....
tired laa nak layan drama semua nie...
rimassss rimasssss sangat2....aduuuiii
so the best is--> SINGLE
i will list apa kelebihan COUPLE dan keburukan SINGLE bagi WEWE... :-

kelebihan COUPLE :

  1. rasa disayangi ( walaupun sebenarnya kena maen jew perasaan
  2. sentiasa bz berSMS laa..or calling2 dgn si dia
  3. bahagia laa KUNUN...wakakakkaa
  4. dunia milik berdua jew..hahaax
  5. leh manje2
  6. xbosan sbb dia selalu ada menemani
keburukan SINGLE :
  1. TERAMAT BOSAN
  2. hp xberbunyi cam dulu
  3. menanggis sendiri bila terkenang kenangan dgn si dia...
  4. asew nak bunuh diri jew
  5. tension
  6. xleh nak fokus study
  7. frust laa KUNUN
hahhaaha....tuu laa kelebihan ada couple and keburukan single bagi wewe laa...xtwu laa bagi korunk kan.. :P 
lumrah percintaan masa kini,,ada yg kekal lama..ada yg kejap jew..haisss...mcm2 laa.. 

Sabtu, 12 Mei 2012

sakit hati tol~~~

kenapa laa yew...
sampai sekarang pon aku masih lom dapat lupakan dia...
walaupun aku tahu cam mana dia tinggalkan aku ari tuu..
tapi perasaan sayang tuu masih ada...
teringin rasanya nak buang segala perasaan tuu tapi tak dapat disebabkan dia...
bila time aku dah mula lupakan dia..dia asyik ganggu aku...
tuu yang buat aku sakit hati sangat2..
cam mana laa eks,cam mana aku nak lupakan dia?????
ujian apakah ini?? aku dah tak tahan daa dengan semua nie...
sebab nie melibatkan perasaan aku...
tapi tak dinafikan memang aku masih sayangkan dia..
maybe penyebab aku masih tak dapat lupakan dia adalah kerana aku tak leh terima yang kitew daa break sebelum aku balik UNISEL...astaga...ingatkan nak balik KL nie nak jumpa dia..tapi sebelum balek daa break...
sungguh sedihhhh~~~~~~~ hanya tuhan yang tahu
member2 aku semua xsetuju aku ngan dia....dorunk bantah abis-abisan...
tapi puas aku menjaga dan pertahankan hubungan kitew,akhirnya putus juga.
and paling penting yang aku nak highlight kat sini adalah tahniah kepada aku kerana dengan naluri aku yang terlalu kuat pada lelaki,aku tahu cam mana sikap dan perlakuan dia..dia xleh nak tipu aku..so mana2 lelaki yg akan jadi bf saya nanti..jangan nak ngade2 tipu aku sebab aku ada naluri yang amat kuat iaitu KETIDAKPERCAYAAN....hahaha...
bila difikirkan balik kan..perlukah aku ingat dia lagi???
apa pendapat u all my reader????haisss..aku tengah pening nie.... 


helppppp...!!! helpppppp.....!!! huahuahua *evil laugh*





Jumaat, 11 Mei 2012

penipoo beso..hahaha *evil laugh*

adoilahh...now is 1 o'clock...baru bangon terus call lecturer pasal class yang repeat...adoiilah...lepas tuu lecterur tanya napew sore cam saket jew....aku jawab laa yew..wakakaka,sedangkan aku baru jew bangon tidoo,wkakakaka...xkan laa aku nak bgtau aku baru bangon..wessss,kang abis kena buli lecterur tuu...but im happy coz dia yang ajar....yeahhh,hope leh lulus subjek nie...amen~

why why why??

jam sekarang menunjukkan tepat jam 4.40am...dan aku masih belum tidur...


"kenapa?"


sebabnya aku tengah bz "mengedit" dan "mengupdate" blog aku yang comel nie..hahaha.. bayangkan dari petang tadi,masa aku balik dari class Pn.Jiani iaitu Penghantar Pedagogi agak2 dalam jam 5 cam tuu,aku asyik dating jew dengan blog nie...sampai sekarang pukul 4 pagi pon aku lom nak tido..tgk syok katakan...and~~


sebab kedua aku lom tido sampai sekarang adalah sedang sibuk "menukar", "mendownload", dan "menginstall" di lappy aku yang agak pepel nie..wakakakaa...abis semua facebook aku..google chrome aku..youtube aku..semua aku kasi kaler "PINK"...wakakakaka..terbaek wok..! memang syok giler laa...rambang mata tengok semua PINK..aduiiii...kuyak betol laa aku hari nie,online 25jam sehari... 


sebab ketiga aku lom tido is jeng jeng jeng---> tengok [ endless love ] kat web tonton tuu...adoiiilaa,lambat giler aku tengok hari nie.. "BLOG" punye pasal laa nie...syok sangat nak edit2 blog sampai lupew movie favourite aku tuu..wakkakaka, faham laa kan kena tengok kat tonton tuu sebab xdew TV kat ostel nie..tunggu laa UNISEL nie kaya ckit sediakan TV utk student..wkakakaka...


p/s : lebih baik ku begini setiap hari,agar aku dapat melupakan seseorang yang pernah menyakiti hati ini,dengan aktiviti2 di atas,aku terleka dan melupakan dia..nice idea from wewe...wkaaakakaka...

Khamis, 10 Mei 2012

tips bercinta jarak jauh~~~



Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.


Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia.  Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. 

Cinta perlukan komitmen. 
Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

20 tanda lelaki serius dalam perhubungan cinta.. ( for girl )



1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

~HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI~

lagi2 hantu kat ostel...

Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:

“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”

“Mana ada, semua dah tidur la..”

“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”

Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..

Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.

K.F.C

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.
Satu hari mereka berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.
Ceritakan macam mana honeymoon korang.
Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup.
Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”..
Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnyahingga ke titisan yang terakhir”
Bahagialah Si Seri rupanya…

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’…
Bahagialah Si Murni rupanya…

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “.

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??
“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON- STOP!!”

cita2 tinggi...

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.
Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.

kisah 2 ekor hantu..

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian...aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.

"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,

"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?"

sing a song~


JOM TENGOK TEMPAT TIDUR PRAMUGARI ATAS PESAWAT

PESAWAT KLM AIRBUS
PESAWAT BOEING 777
PESAWAT SINGAPORE AIRLINE
PESAWAT AIR ASIA >_< p/s : hahahahahaha....

kisah sebentuk cincin

KISAH SEBENTUK CINCIN girlfriend: awak .. saya nak cincin hubungan kita boyfriend :untuk ape ? malas la .. awak .. petang ni kita jumpa tempat biasa ok .. girlfriend :hurm .. yelah.. boyfriend : awak .. cuba tutup mata awak .. saya nak bagi hadiah .. girlfrend :hadiah? .. ok .. boyfriend : ok .. cuba tengok ni .. saya belikan patung beruang untuk awak .. girlfriend : awak ! saya tak nak patung beruang .. saya nak cincin hubungan kita ! ( sambil membaling patung beruang itu di jalan raya ) lelaki itu pun terus berlari dan mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya .. tiba-tiba sebuah bas meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak .. lalu perempuan tersebut menjerit .. dalam keadaan yang bergegas .. perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan tiba-tiba patung itu berkata .. ' you .. see in my pocket.. ' dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik .. dan patung itu terus berkata .. will you marry me ?? .. di saat itu .. mengalirnya air mata perempuan tersebut .. tetapi sudah terlambat untuk menyesal .. kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama-lamanya ..

siapa lebih pandai~~??

Murid : Selamat pagi, cikgu. 
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? 
Murid : Faham, cikgu! 
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. 
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : *****! 
Cikgu : Tinggi! 
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh! 
Murid : Dekat! 
Cikgu : Keadilan! 
Murid : UMNO! 
Cikgu : Salah! 
Murid : Betul! 
Cikgu : *****! 
Murid : Pandai! 
Cikgu : Bukan! 
Murid : Ya! 
Cikgu : Oh Tuhan! 
Murid : Oh Hamba! 
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu! 
Cikgu : Diam! 
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, *****! 
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku! 
Murid : Hidup kami! 
Cikgu : Rotan baru tau! 
Murid : Akar lama tak tau! 
Cikgu : Malas aku ajar kamu! 
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup! 
Murid : Kurang! Kurang! 
Cikgu : Sudah! Sudah! 
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua ***** sangat? 
Murid : Sebab saya seorang pandai! 
Cikgu : Oh! Melawan! 
Murid : Oh! Mengalah! 
Cikgu : Kurang ajar! 
Murid : Cukup ajar! 
Cikgu : Habis aku! 
Murid : Kekal kami! 
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! 
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula! 
Cikgu : Sudah, *****! 
Murid : Belum, pandai! 
Cikgu : Berdiri! 
Murid : Duduk! 
Cikgu : Saya kata UMNO salah! 
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : ******* kamu ni! 
Murid : Cerdik kami tu! 
Cikgu : Rosak! 
Murid : Baik! 
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! 
Murid : Dilepaskan tengah malam itu! 
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

p/s : tension kalau ada anak murid yang terlalu bijak..wakakakakaa

couple tu HARAM~~??

~jangan melampaui batas dengan couple2 anda~

ARWAH DI BILIK PREP..

“Nie kisah benar berlaku kat asrama aku…asrama mane tu takyah la bagitau..kisahnye gini…mase tu aku ngan member-member aku tengah pulun KFC kat bilik gosok sebelah bilik prep..mane dpt KFC tu tidak payah le tanye…paham-paham je la…mase tu dekat pukul 8 mlm la kan..punye la best mkn sambil gelak-gelak tak sedar diri…member aku 3 org blah dulu pasal derang dah abis…aku plak temankan member aku lagi sorang nih gi toilet….pastu kitorang pun pegi la bilik prep pasal yg 3 org lagi tuh lepak kat situ..selalunye kitorang mesti masuk ikut pintu belakang pasal dekat ngan tempat kitorang tapi kali nie pintu tu tutup and member aku plak suruh kitorang masuk ikut pintu dpn pastu yg peliknye plak dier marah-marah..kitorang ikut je la…masuk prep tu aku terkejut la pasal budak-budak berkerumun kat sorang budak junior nie…pastu ade yg tengah baca Quran kat situ sementara yg lain tu pegang kaki ngan tgn budak tu…meremang bulu roma aku tengok budak tu nangis gile-gile pastu taknak bukak mate dier…takut gile..rupe-rupenye org cerita dier ternampak arwah sorg budak ni dlm bilik prep melambai-lambai kat dier…


mula mule dia buat tak tahu bangun dari tempatnye nak pergi ambil wuduk pastu alih-alih arwah tu ade pulak kat pintu belakang tu panggil-panggil name dia..apalagi mahu tak takut..arwah nie actually kwn baik dier…meninggal sebab accident…aku pun seram gak pasal arwah tu dorm aku..tu je citernye…anyway Al-Fatihah utk arwah…….”

~hantu kat asrama~

Kisah ini terjadi semasa aku berada di dalam tingkatan 3. Waktu itu, aku tinggal di asrama. Seperti kebiasaan, pada bulan Julai setiap tahun, satu asrama mesti heboh dengan histeria dan bermacam-macam lagi. Pada masa itu, seluruh asrama berada dalam ketakutan. Pada waktu malam, kami tidak berani tidur lewat seperti hari-hari biasa. Tepat saja pukul 11.00 semuanya mesti telah berselubung di atas katil… Tetapi, pada suatu malam……. Aku dan kawan-kawan sedang bersembang mengenai hantu yang dikatakan sedang berkeliaran di asrama kami pada masa itu. Kami yang terkenal dengan sifat berani, mengutuk-ngutuk hantu yang selalu mengacau ketenteraman kami di asrama. Sedang enak kami mengutuk, kipas angin yang sedang elok berpusing dari tadi tiba-tiba meletup lalu terpelanting! Kami berpandangan sesama sendiri.Rasa takut menyelubungi diri. “Apa tu??,”Adnan, kawanku bersuara”Barangkali ia marah kita mengutuk-ngutuknya tak??,” “Ah, biarkan saja! Kalau berani, marilah!!,”Ikmal menjerit sambil memandang ke syiling. “Sudahlah, mari kita tidur,”kataku pula. Seraya dengan itu, kami pun naik ke katil masing-masing. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun aku masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti orang berjalan di koridor asrama. Semakin lama semakin kuat. Kami bergegas keluar daripada dorm. Apabila kami sampai, bunyi tersebut hilang dan tiada apa-apa di situ. Kami kehairanan. Kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke dorm. Tetapi, belum sempat kami sampai ke pintu, jeritan pelajar perempuan kedengaran. Kami terkejut. Seluruh isi asrama terjaga. Pelajar-pelajar form five bergegas ke asrama puteri dan azan di situ. Sesetengahnya pula mengambil surah yassin dan membacanya di dorm masing-masing. Beberapa lama kemudian, barulah kami tahu yang pelajar perempuan diserang histeria. Suara azan dan ayat Al-Quran memenuhi ruang asrama. Tiba-tiba beratus-beratus cahaya yang berupa kilat keluar dari bumbung Asrama Puteri. Setelah itu, keadaan asrama kembali tenang. Selepas dari kejadian itu, aku dan kawan-kawan tidak berani lagi bermulut celupar. Kami percaya bahawa kejadian pada malam itu adalah disebabkan oleh kami…..
♥ Copyright © 2012 reserved to WeeNa. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa